14 March 2009

selamat datang ke laman blog cikgu razmanmohammad

Selamat datang dan selamat bertemu dalam ruangan maya.

Cikgu ingin ucapkan syabas dan tahniah kapada anda kerana anda antara pelajar yang hebat dan berpotensi. Kemampuan anda melayari internet dan berjaya memasuki laman blog cikgu ini merupakan satu kejayaan buat diri anda. Anda telah termasuk dalam senarai insan yang celik ICT.
Cikgu sarankan agar anda memberi bimbingan kepada rakan yang lain agar mereka juga celik ICT seperti anda. Untuk pertemuan kali yang pertama ini, cikgu harapkan kepada sesiapa yang telah membaca blog ini agar dapat menulis sedikit biodata diri dalam ruangan komen.
Pelbagai aktiviti akan diatur untuk memantapkan diri pelajar menghadapi saat-saat penting sebagai seorang pelajar. Terdapat pelbagai ruangan akan cikgu buka untuk anda semua mengembangkan lagi bakat terutama dalam bidang penulisan bahasa Melayu. Satu pesanan cikgi ialah, anda semua perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa untuk melayari internet. Maklumkan kepada ibu bapa mengenai apa yang anda lakukan dan jelaskan apakah tujuan dan matlamatnya.
Cikgu akan menetapkan masa yang sesuai untuk anda melayari laman blog ini. Antara yang penting ialah anda perlu menguruskan masa dengan menyelesaikan segala tugasan yang cikgu di sekolah berikan dan melayari pada hari cuti sekolah dan masa yang terluang sahaja.
Ingat!!!! sekiranya anda bijak mengurus masa, anda adalah anak yang soleh dan solehah. Anda akan berjaya pada masa hadapan. Jangan jadikan ruangan ini untuk membuang masa dan memberi alasan kerja sekolah tidak siap. Harap anda semua memahami kerana anda insan yang bijaksana. Cikgu akan sentiasa memberi nasihat dan bimbingan yang sewajarnya.
Sekian untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi.
Selamat belajar buat semua.

Daripada.
Cikgu Razman Mohammad
SK Parit Melana

No comments:

Post a Comment