14 March 2009

Salam perkenalan buat pelajarku...

Ruangan untuk pelajar. Melalui ruang ini, cikgu akan cuba membimbing dalam aspek bahasa Melayu, terutamanya para pelajar yang akan menduduki UPSR. Segala maklumat terkini akan cikgu berikan dan anda semua bolah menghantarkan sebarabg hasil karya dan persoalan untuk dijawab oleh cikgu.

Selamat belajar.
B


Salam perkenalan buat semua pelajar yang mengenali diri cikgu.

Selamat datang ke blog yang baru cikgu terbitkan ini. Semoga anda semua mendapat manfaat daripada kemunculan laman blog ini.

Kepada anak didikku sekalian,
cikgu akan cuba membantu anda dalam menghadapi saat-saat penting sebagai pelajar. Segala ilmu yang tuhan kurniakan akan kita kongsi bersama.

Pelbagai ruangan akan cikgu sediakan untuk anda sekalian. Antaranya ruangan akademik berfokus kepada mata pelajaran bahasa Melayu dan bimbingan motivasi diri dan minda. Harap anak didikku dapat menggunakan ruangan ini sebaiknya.

Akhir kata untuk hari ini, diharapkan kita semua dapat mengembangkan segala bakat yang ada untuk tujuan kebaikan. Dengan izin Allah jua. Jumpa lagi. Bye. Assalamualaikum.

selamat datang ke laman blog cikgu razmanmohammad

Selamat datang dan selamat bertemu dalam ruangan maya.

Cikgu ingin ucapkan syabas dan tahniah kapada anda kerana anda antara pelajar yang hebat dan berpotensi. Kemampuan anda melayari internet dan berjaya memasuki laman blog cikgu ini merupakan satu kejayaan buat diri anda. Anda telah termasuk dalam senarai insan yang celik ICT.
Cikgu sarankan agar anda memberi bimbingan kepada rakan yang lain agar mereka juga celik ICT seperti anda. Untuk pertemuan kali yang pertama ini, cikgu harapkan kepada sesiapa yang telah membaca blog ini agar dapat menulis sedikit biodata diri dalam ruangan komen.
Pelbagai aktiviti akan diatur untuk memantapkan diri pelajar menghadapi saat-saat penting sebagai seorang pelajar. Terdapat pelbagai ruangan akan cikgu buka untuk anda semua mengembangkan lagi bakat terutama dalam bidang penulisan bahasa Melayu. Satu pesanan cikgi ialah, anda semua perlu mendapatkan kebenaran daripada ibu bapa untuk melayari internet. Maklumkan kepada ibu bapa mengenai apa yang anda lakukan dan jelaskan apakah tujuan dan matlamatnya.
Cikgu akan menetapkan masa yang sesuai untuk anda melayari laman blog ini. Antara yang penting ialah anda perlu menguruskan masa dengan menyelesaikan segala tugasan yang cikgu di sekolah berikan dan melayari pada hari cuti sekolah dan masa yang terluang sahaja.
Ingat!!!! sekiranya anda bijak mengurus masa, anda adalah anak yang soleh dan solehah. Anda akan berjaya pada masa hadapan. Jangan jadikan ruangan ini untuk membuang masa dan memberi alasan kerja sekolah tidak siap. Harap anda semua memahami kerana anda insan yang bijaksana. Cikgu akan sentiasa memberi nasihat dan bimbingan yang sewajarnya.
Sekian untuk kali ini. Sehingga berjumpa lagi.
Selamat belajar buat semua.

Daripada.
Cikgu Razman Mohammad
SK Parit Melana