08 April 2009

Rakanku ditimpa malang.

Hasil karya

Nurul Hidayah bte Abdullah

SK Alor Gajah 1

Pada hari Sabtu yang lalu, murid-murid tahun 6 telah menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Murid-murid tahun 6 wajib menghadiri kelas tambahan tersebut bagi menyiapkan diri untuk menduduki peperiksaan Uijian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketika pulang dari sekolah, saya bersama empat orang kawan pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Tanpa disangka-sangka salah seorang daripada kawan saya iaitu Aqilah tergeser dengan sebuah kereta berhadapan dengan stesen minyak Petronas. Pemandu kereta tersebut terus melarikan diri tetapi saya sempat mencatat nombor kenderaan tersebut. Kereta itu bernombor MBQ 7701 jenis Honda Accord.

Saya bersama-sama dengan dua orang rakan yang lain membawa Aqilah ke tepi untuk melihat kecederaan di kepala, kaki dan tangannya. Seorang lagi rakan saya iaitu Halifah memberi bantuan kecemasan kerana dia seorang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Sementara Halifah memberi rawatan kecemasan, saya pergi menelefon ambulans sambil menahan sebuah kereta. Tanpa disangka-sangka, kereta yang saya baru tahan itu adalah guru kelas saya iaitu Puan Norila. Saya menceritakan peristiwa tersebut kepada beliau.

Beberapa minit kemudian, ambulans pun sampai. Saya bersama Halifah menemani Aqilah di dalam ambulans tersebut. Puan Norila telah berjanji ingin menghantar dua orang rakan saya yang lain ke hospital.

Sementara Aqilah dirawat, saya menelefon keluarganya di pondok telefon yang berdekatan. Setelah itu, ibu dan bapa Aqilah pun sampai. Saya menerangkan segala-galanya kepada ibunya.

Beberapa minit kemudian, doktor pun keluar daripada bilik pemeriksaan. Doktor memberitahu bahawa Aqilah terpaksa ditahan di wad untuk beberapa hari sehingga beliau sembuh.

Saya dan kawan-kawan yang lain berbangga kerana dapat menolong Aqilah. Keluarga Aqilah mengucapkan terima kasih kepada kami kerana membantu anak mereka.

Aku Seutas Jam Tangan Casio.

Aku Seutas Jam Tangan Casio.

Hasil karya…

Aisyah dan Hani

6 Bestari 2009

------------------------------------

Namaku Casio. Aku ditugaskan untuk menunjukkan masa. Aku diperbuat daripada magnet, logam dan lain-lain. Aku direka dengan menggunakan rekaan terbaharu. Aku diciptakan di sebuah kilang yang terletak di Bangi, Selangor.

Selepas diproses dan diuji, aku dibawa ke ibu kota dengan menaiki sebuah lori yang agak besar bersama rakan-rakanku. Setelah tiba, aku bersama rakan-rakanku dipamerkan di sebuah kedai yang selalu dikunjungi oleh hartawan. Aku diletakkan di dalam sebuah almari kaca bersama rakan-rakan yang lain. Ramai yang tertarik dengan reka bentukku tetapi malangnya hargaku yang mahal membuatkan mereka tidak mampu membeliku. Terdapat beberapa keistimewaan yang ada pada diriku, misalnya aku dapat menunjukkan arah kutub, boleh mendengar radio, boleh dijadikan pita rakaman dan lampu suluh. Aku dilabelkan dengan harga RM 2500.00.

Pada suatu hari yang cerah, nasibku bertukar baik kerana seorang hartawan daripada Korea telah sudi membeliku. Sebelum aku dibeli, hartawan tersebut membelak-belek badanku lalu terus membawaku ke kaunter pembayaran. Hartawan tersebut tawar-menawar tentang hargaku. Akhirnya, hargaku diturunkan sebanyak RM 500.00. Hartawan itu bersetuju lalu menyerahkan RM 2000.00 sebelum beredar dari kedai itu. Setelah dibeli, aku terus dipakai oleh tuanku. Kini hidupku bahagia kerana aku sudah mempunyai tuan. Aku dipuji oleh tuanku dan berasa bangga kerana memiliku aku yang mempunyai reka bentuk yang canggih dan istimewa.

Sejak aku dibeli, aku sering dipakai oleh tuanku ke mana-mana sahaja. Aku juga dipakai ke tempat kerja tuanku kerana aku boleh mengurus masa dengan baik. Aku sering dipuji oleh rakan-rakan tuanku kerana bentuk badanku yang menarik. Tuanku sangat menyayangiku dan menjagaku dengan sebaik mungkin.

Pada suatu petang,hujan turun dengan lebat beserta kilat dan guruh. Ketika itu, tuanku dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah. Sewaktu tuanku sedang memandu, tuanku tidak nampak jalan di hadapan kerana hujan begitu lebat. Tiba-tiba, apabila sedang membelok ke kiri, tayar kereta tuanku tergelincir disebabkan jalan raya yang licin. Kereta tuanku terbabas lalu melanggar sebatang pokok. Tuanku tidak sedarkan diri lalu pengsan. Ketika itu, seorang mekanik yang lalu di situ ternampak kejadian tersebut. Dia terus datang untuk menolong. Mekanik tersebut terus menelefon ambulans. Sewaktu dalam perjalanan ke hospital, mekanik tersebut ternampak aku dipergelangan tangan tuanku. Dalam diam-diam, mekanik tersebut mencurinya lalu memasukkan aku ke dalam saku seluarnya.

Setelah beberapa hari, tuanku telah keluar dari hospital. Tuanku pergi ke bengkel untuk melihat keretanya. Setelah tuanku tiba di bengkel tersebut, tuanku terperanjat besar apabila melihat seutas jam tangan yang pernah dibeli olehnya berada pada pergelangan tangan mekanik itu. Tuanku teringat bahawa jam itu adalah aku. Tuanku segera melaporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa telah mengarahkan mekanik tersebut menyerahkan jam tersebut kepada tuanku untuk memastikan adakah terdapat bukti untuk mengesahkan kepunyaan tuanku. Tuanku terus mengambilnya daripada mekanik itu dan terus melihat tulisan di belakang badanku. Tulisan itu adalah nama tuanku iaitu Kazume Yotohara. Nama itu menjadi bukti bahawa jam tangan itu adalah milik tuanku. Akhirnya, aku dikembalikan semula kepada tuanku. Mekanik tersebut telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut kerana didakwa mencuri hak orang lain. Hingga kini, aku hidup bahagia dan ceria bersama tuanku. Akau berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tuanku.