Hasil karya…
Aisyah dan Hani
6 Bestari 2009
------------------------------------
Namaku Casio. Aku ditugaskan untuk menunjukkan masa. Aku diperbuat daripada magnet, logam dan lain-lain. Aku direka dengan menggunakan rekaan terbaharu. Aku diciptakan di sebuah kilang yang terletak di Bangi, Selangor.
Selepas diproses dan diuji, aku dibawa ke ibu
Pada suatu hari yang cerah, nasibku bertukar baik kerana seorang hartawan daripada
Sejak aku dibeli, aku sering dipakai oleh tuanku ke mana-mana sahaja. Aku juga dipakai ke tempat kerja tuanku kerana aku boleh mengurus masa dengan baik. Aku sering dipuji oleh rakan-rakan tuanku kerana bentuk badanku yang menarik. Tuanku sangat menyayangiku dan menjagaku dengan sebaik mungkin.
Pada suatu petang,hujan turun dengan lebat beserta kilat dan guruh. Ketika itu, tuanku dalam perjalanan pulang dari pejabat ke rumah. Sewaktu tuanku sedang memandu, tuanku tidak nampak jalan di hadapan kerana hujan begitu lebat. Tiba-tiba, apabila sedang membelok ke kiri, tayar kereta tuanku tergelincir disebabkan jalan raya yang licin. Kereta tuanku terbabas lalu melanggar sebatang pokok. Tuanku tidak sedarkan diri lalu pengsan. Ketika itu, seorang mekanik yang lalu di situ ternampak kejadian tersebut. Dia terus datang untuk menolong. Mekanik tersebut terus menelefon ambulans. Sewaktu dalam perjalanan ke hospital, mekanik tersebut ternampak aku dipergelangan tangan tuanku. Dalam diam-diam, mekanik tersebut mencurinya lalu memasukkan aku ke dalam saku seluarnya.
Setelah beberapa hari, tuanku telah keluar dari hospital. Tuanku pergi ke bengkel untuk melihat keretanya. Setelah tuanku tiba di bengkel tersebut, tuanku terperanjat besar apabila melihat seutas jam tangan yang pernah dibeli olehnya berada pada pergelangan tangan mekanik itu. Tuanku teringat bahawa jam itu adalah aku. Tuanku segera melaporkan kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa telah mengarahkan mekanik tersebut menyerahkan jam tersebut kepada tuanku untuk memastikan adakah terdapat bukti untuk mengesahkan kepunyaan tuanku. Tuanku terus mengambilnya daripada mekanik itu dan terus melihat tulisan di belakang badanku. Tulisan itu adalah nama tuanku iaitu Kazume Yotohara. Nama itu menjadi bukti bahawa jam tangan itu adalah milik tuanku. Akhirnya, aku dikembalikan semula kepada tuanku. Mekanik tersebut telah dibawa ke balai polis untuk siasatan lanjut kerana didakwa mencuri hak orang lain. Hingga kini, aku hidup bahagia dan ceria bersama tuanku. Akau berjanji akan memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada tuanku.
panjang sekali karangannya..sy mahu comment kpd ckgu bkn kepada aisya@hani ttg ejaan ckgu 1 je slh iaitu membelak-belekku..itu sahaja comment sy..wassalam
ReplyDeleteKarangan ye bagus!!!
Deletesy mahu comment. Yg bawah sekali tu kenapa Aku jadi Akau???
ReplyDeleteYou punya karangan so good
ReplyDeleteSy x prnh tgk karangan sepanjang ini π sy rase mungkin karangn ini esui utk digunkn dusekolah menegah untuk skema ☺ apapun thniah sbb menggunkan bahas yg baguss ππ
ReplyDelete