08 April 2009

Rakanku ditimpa malang.

Hasil karya

Nurul Hidayah bte Abdullah

SK Alor Gajah 1

Pada hari Sabtu yang lalu, murid-murid tahun 6 telah menghadiri kelas tambahan yang dianjurkan oleh pihak sekolah. Murid-murid tahun 6 wajib menghadiri kelas tambahan tersebut bagi menyiapkan diri untuk menduduki peperiksaan Uijian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR).

Ketika pulang dari sekolah, saya bersama empat orang kawan pulang ke rumah dengan berjalan kaki. Tanpa disangka-sangka salah seorang daripada kawan saya iaitu Aqilah tergeser dengan sebuah kereta berhadapan dengan stesen minyak Petronas. Pemandu kereta tersebut terus melarikan diri tetapi saya sempat mencatat nombor kenderaan tersebut. Kereta itu bernombor MBQ 7701 jenis Honda Accord.

Saya bersama-sama dengan dua orang rakan yang lain membawa Aqilah ke tepi untuk melihat kecederaan di kepala, kaki dan tangannya. Seorang lagi rakan saya iaitu Halifah memberi bantuan kecemasan kerana dia seorang ahli Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM).

Sementara Halifah memberi rawatan kecemasan, saya pergi menelefon ambulans sambil menahan sebuah kereta. Tanpa disangka-sangka, kereta yang saya baru tahan itu adalah guru kelas saya iaitu Puan Norila. Saya menceritakan peristiwa tersebut kepada beliau.

Beberapa minit kemudian, ambulans pun sampai. Saya bersama Halifah menemani Aqilah di dalam ambulans tersebut. Puan Norila telah berjanji ingin menghantar dua orang rakan saya yang lain ke hospital.

Sementara Aqilah dirawat, saya menelefon keluarganya di pondok telefon yang berdekatan. Setelah itu, ibu dan bapa Aqilah pun sampai. Saya menerangkan segala-galanya kepada ibunya.

Beberapa minit kemudian, doktor pun keluar daripada bilik pemeriksaan. Doktor memberitahu bahawa Aqilah terpaksa ditahan di wad untuk beberapa hari sehingga beliau sembuh.

Saya dan kawan-kawan yang lain berbangga kerana dapat menolong Aqilah. Keluarga Aqilah mengucapkan terima kasih kepada kami kerana membantu anak mereka.

No comments:

Post a Comment