Hasil karya
Norasyikin bt Abdullah
SK Alor Gajah 1
Jarum pada jam di kelas menunjukkan tepat pukul 3.00 petang. Ini menandakan masa untuk aku dan rakan-rakan pulang dari menghadiri kelas tambahan yang diadakan di sekolah. Ketika aku dan rakan-rakan hendak pulang ke rumah, telah berlaku satu kemalangan di sebatang jalan raya melibatkan seorang rakanku dengan sebuah kenderaan.
Kejadian itu berlaku ketika aku dan rakan-rakan sedang mengayuh basikal untuk pulang ke rumah. Aku dan rakan-rakan menyedari tentang kemalangan tersebut apabila terdengar bunyi yang sangat kuat. Kemalangan itu melibatkan seorang rakanku iaitu Kamal dengan sebuah kenderaan berjenama Toyota Vios yang dipandu laju. Akibat kemalangan itu, rakanku terjatuh di atas jalan raya.
Tanpa berlengah masa, aku dan rakan-rakan menuju ke tempat kejadian untuk memberi bantuan. Pemandu kereta yang melanggar rakanku itu sempat melarikan ketika aku dan rakan-rakan sibuk menguruskan rakanku yang terjatuh itu akibat tergeser dengan kereta tersebut. Namun, nasib menyebelahi kami apabila salah seorang rakan kami sempat mencatat nombor pendaftaran kereta tersebut iaitu MBJ 4424.
Aku dan rakan-rakan membawa mangsa ke tepi supaya tidak berlaku kesesakan lalu lintas. Aku dan rakan-rakan memberi rawatan kecemasan supaya darah di bahagian kepalanya tidak mengalir dengan banyak. Aku lantas menyuruh salah seorang rakanku iaitu Amir untuk menelefon ambulans. Setelah beberapa minit, ambulans pun tiba untuk membawa Kamal ke hospital bagi mendapatkan rawatan lanjut. Aku dan rakan-rakanku mengiringi Kamal ke hospital menaiki ambulans tersebut.
Sebaik sahaja tiba di hospital, Kamal dimasukkan ke bilik kecemasan untuk menerima rawatan lanjut. Sementara menunggu, saya telah memberitahu kepada keluarga mangsa bahawa mangsa kini berada di Hospital Besar Melaka. Ibu dan bapa Kamal terkejut mendengar berita itu. Mereka bergegas ke hospital untuk melihat keadaan anaknya.
Sebaik tiba, doktor menjelaskan perkara yang sebenarnya berlaku kepada anaknya. Ibu dan bapa Kamal kini faham akan apa yang telah terjadi terhadap anaknya. Mereka berdua mengucapkan terima kasih kepada kami kerana cepat bertindak bagi menyelamatkan nyawa anaknya. Aku dan rakan-rakan bersyukur kerana Kamal tidak mengalami kecederaan serius. Aku dan rakan-rakan juga berasa bangga kerana dapat membantu rakan dalam kesusahan.
No comments:
Post a Comment