Peristiwa yang tidak dapatku lupakan sehingga kini.
SK Parit Melana
Dalam hidup ini, tentu ada peristiwa yang tidak dapat kita lupakan. Peristiwa ini selalunya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. Bagi diriku, ada satu peristiwa yang sukar aku lupakan sehingga hari ini. Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ini berlaku ketika aku berusia 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Kejadian berlaku sewaktu aku bersama-sama rakan sekelasku berjalan menuju ke kantin untuk pergi berehat bersama-sama.
Kejadian bermula sebaik sahaja aku keluar dari kelas selepas guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Razman membenarkan kami semua keluar pergi ke kantin. Ketika aku sedang menuruni tangga, aku ternampak seorang murid tahun tiga berlari-lari bersama-sama rakannya sambil bertolak-tolakan sesama sendiri. Aku
Sewaktu aku bersama-sama rakan sedang berjalan sambil berbual-bual menuju ke kantin, tiba-tiba aku terdengar suara orang menjerit kesakitan. Tanpa membuang masa, aku mengajak Amin dan Roslan pergi ke arah bunyi itu. Alangkah terkejutnya apabila aku melihat seorang budak tahun tiga yang pernah aku nasihatkan tadi terjatuh ke dalam longkang berhampiran kantin sekolah. Dia menangis teresak-esak akibat tangannya yang patah dan kepalanya yang berdarah. Aku dan rakanku lantas memberikan bantuan yang sewajarnya kepada budak itu berbekalkan pengalaman ketika aku menyertai pasukan beruniform iaitu Pasukan Bulan Sabit Merah pimpinan Cikgu Sharom.
Antara langkah yang aku dan rakanku lakukan ialah pertamanya, kami bertiga membantunya keluar dari longkang itu dengan berhati-hati agar tidak menambah lagi kesakitan yang sedang dialaminya. Sejurus selepas itu, aku meminta Amin pergi memberitahu guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Cikgu Rahdi untuk memaklumkan akan kejadian ini. Amin bergegas pergi sebaik sahaja aku menghabiskan ayat yang terakhir manakala aku dan Roslan
Tanpa berlengah, aku menenangkan budak itu dengan menasihatinya agar berhenti menangis dan menjelaskan bahawa kesakitannya akan beransur pulih jika banyak bersabar. Kemudian, aku dan Roslan mengangkatnya untuk dibawa ke bilik rawatan yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian. Sebaik tiba, aku terus memasang kipas di dalam bilik itu. Roslan pula pergi mendapatkan peti kecemasan yang terletak di dalam almari. Lantas, aku terus mengambil kapas untuk membersihkan luka pada kepalanya agar darah berhenti mengalir dan aku juga
Tujuh minit kemudian, Cikgu Rahdi pun tiba ke bilik rawatan lalu bertanya kepadaku apa yang telah terjadi. Aku menceritakan apa yang telah terjadi dan apa yang aku dan Roslan lakukan sebentar tadi. Cikgu Rahdi memuji kami kerana pantas bertindak. Kemudian, Cikgu Rahdi meminta kami bertiga membantunya membawa budak itu masuk ke dalam keretanya untuk dibawa ke hospital. Kami semua telah mengikut Cikgu Rahdi ke hospital Durian Tunggal yang jaraknya lebih kurang 7 kilometer dari sekolahku. Dalam perjalanan, budak itu mengerang kesakitan lagi kerana tangannya yang patah masih terasa sakit semula. Kami semua memintanya agar bersabar kerana tidak lama lagi akan sampai ke hospital.
Sepuluh minit kemudian, kereta yang dipandu Cikgu Rahdi tiba di perkarangan hospital. Kami membantu membawanya ke bilik rawatan menggunakan kerusi roda yang terdapat di situ. Sebaik tiba, jururawat di situ memita agar kami berada di luar bilik rawatan sementara menunggu budak itu diberi rawatan. Ketika di luar bilik, Cikgu Rahdi meminta aku menelefon ibu budak itu menggunakan telefon bimbitnya untuk memberitahu bahawa anaknya kini berada di hospital kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh. Dua puluh minit kemudian, ibunya tiba di hospital bersama bapanya. Mereka kelihatan cemas. Namun, Cikgu Rahdi telah menjelaskan kepada mereka apa yang telah berlaku di sekolah pagi tadi. Ibu dan bapa budak itu yang merupakan jiranku telah mengucapkan terima kasih kepada kami bertiga kerana bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada anaknya. Kami bertiga merasa bangga kerana berjaya membantu rakan dalam kesusahan.
Tidak lama selepas itu, seorang doktor dan jururawat keluar dari bilik rawatan dan berjumpa dengan ibu bapa budak itu dan memberitahu bahawa budak itu perlu dimasukkan ke wad selama seminggu bagi tujuan rawatan selanjutnya. Setelah mendengar berita itu kami bertiga telah bersalaman dengan ibu bapa budak itu sebelum pulang semula ke sekolah bersama Cikgu Rahdi. Sebaik tiba di kelas, kami menceritakan kepada guru kelas dan rakan tentang kejadian yang berlaku. Guru kelas kami juga memuji tindakan yang kami lakukan dan meminta semua murid memberikan tepukan yang gemuruh kepada kami tanda penghormatan. Kami bertiga bersyukur dan bangga kerana dapat menolong orang di dalam kesusahan. Benarlah kata pepatah bahawa buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Inilah pengalaman yang aku alami dan tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Sekian.
No comments:
Post a Comment