26 April 2009

PROGRAM INTERAKTIF ANTARA PELAJAR

SK PARIT MELANA

(MALAYSIA)

LOYANG PRIMARY SCHOOL

(SINGAPORE)

Oleh:

Cikgu Razman Mohammad

Pada 11 Jun 2008 yang lalu, buat kali pertamanya SK Parit Melana berjaya menganjurkan satu program Interaktif antara pelajar SK Parit Melana, Durian Tunggal, Melaka dan Loyang Primary School, Singapore. Tujuan program ini diadakan adalah untuk mengeratkan silaturahim antara pelajar dan guru bagi dua buah negara. Selain itu, program ini juga bertujuan memperkenalkan budaya Melayu negeri Melaka kepada guru dan pelajar Loyang Primary School Singapore melalui konsep “Pembelajaran Kebudayaan melalui Pelancongan”.

Ketibaan rombongan daripada Singapore disambut meriah oleh guru-guru, Yang Dipertua PIBG, En. Adam Mohamad dan para pelajar dengan paluan kompang. Mereka kemudiannya diarak oleh pasukan bunga manggar beserta tepak sireh dan sireh junjung lengkap berpakaian Melayu Tradisional ke dewan Bestari berkonsepkan tradisional Melayu. Di situ tetamu dan tuan rumah diminta duduk bersila dalam majlis meraikan tetamu. Selesai sahaja majlis itu, aktiviti suai kenal antara para pelajar SK Parit Melana dan Loyang Primary School diadakan bagi mengeratkan hubungan mereka.

Acara kemuncak ialah apabila para peserta rombongan telah disajikan dengan Majlis Perkahwinan Olok-Olok berkonsepkan Kebudayaan Melayu Melaka. Mereka telah disajikan dengan adat dan juga budaya Melayu yang masih diamalkan seperti pencak silat, berbalas pantun antara rombongan pengantin lelaki dan perempuan, acara menepung tawar oleh guru dan juga pelajar, persembahan Nazam, dan juga syair. Kesemua aktiviti perkahwinan olok-olok ini dilakukan oleh pelajar tahun 4 dan 5 SK Parit Melana dibawah pimpinan Puan Suhailah dan Cik Nuri Naserah.

Rombongan dari Loyang Primary School juga ada menyajikan persembahan nyanyian dan tarian aerobik kepada semua tetamu.

Peserta program juga disajikan dengan permainan tradisional iaitu ‘Tarik Upeh’, ‘Bowling Kelapa’, dan ‘Menyeret Rim basikal’. Permainan ini diadakan secara pertandingan dan setiap kumpulan diberikan nama-nama pahlawan dan pembesar Melaka seperti Hang Tuah, Hang Jebat, Hang Kasturi, Hang Lekir, Hang Lekiu, Tun Perak, Tun Fatimah dan Tun Mutakhir.

Setelah selesai, para peserta dibawa melawat kelas Pendidikan Khas dan Pusat Sumber sekolah. Acara menanam pokok bunga Kesidang juga turut diadakan oleh wakil pelajar dan guru. Peserta program telah disajikan dengan makan tengah hari berkonsepkan Melayu tradisonal iaitu makan secara bersila dan berhidang. Program berakhir pada sebelah petang dengan lawatan bersama-sama ke Tropical Fruit Farm, Sungai Udang.

Pengerusi Program iaitu En. Mohd Rahdi Hj. Ahmad amat berpuas hati dengan penglibatan semua pihak yang menjayakan program yang julung kali diadakan di sekolah ini. Menurut beliau, secara keseluruhannya program ini mendapat sambutan yang amat menggalakkan dan telah memberikan pengalaman baru kepada para peserta melalui pendedahan mengenai kebudayaan Melayu Melaka.

Menurut ketua rombongan Loyang Primary School, Cikgu Md Zaren, sambutan yang diberikan oleh pihak sekolah Parit Melana amat hebat dan di luar jangkaan. Beliau juga menegaskan bahawa program ini wajar diketengahkan kerana banyak memberi manfaat kepada guru dan pelajar . Ini kerana mereka dapat mengalami sendiri pengalaman dalam majlis perkahwinan dan permainan tradisional yang amat jarang dialami di tempat mereka pada masa kini.


Program Alam Sekitar 2009

HONDA (M) Sdn. Bhd dan SK Parit Melana

dengan kerjasama

Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah.

Oleh: Cikgu Razman Mohammad

Baru-baru ini telah diadakan program alam sekitar anjuran HONDA(M) dan SK Parit Melana dengan kerjasama Pejabat Pelajaran Daerah Alor Gajah bertempat di SK Parit Melana. Program ini melibatkan seramai 150 murid SK Parit Melana termasuk penyertaan sekolah-sekolah di kawasan DUN Durian Tunggal. Turut serta adalah guru-guru serta staf SK Parit Melana, pegawai dan kakitangan Honda, PIBG, Belia, dan masyarakat setempat. Turut serta menjayakan program ini ialah Jabatan Alam Sekitar yang mengadakan pameran berkaitan alam sekitar. Program ini bertujuan memberi kesedaran kepada murid-murid dan komuniti betapa pentingnya menjaga alam sekitar.

Dalam program ini pihak Honda telah menyumbang sebanyak kira-kira 1,500 pelbagai jenis pokok untuk ditanam secara bergotong-royong. Antara pokok yang disumbangkan oleh pihak Honda ialah ‘Helicornia Dwaf’, ‘Red Palm’, ‘Veitchia Merrilli’, ‘Portilaka’, ‘Bourgenvilla’ dan beberapa pokok herba seperti ‘Nilam’, ‘Sabung Ayam’, ‘Tujuh Jarum’ dan ‘Misai Kucing’.

Selain gotong-royong turut diadakan juga sesi ceramah alam sekitar dan juga Rhino-Talk oleh pihak Honda untuk murid-murid dalam memberi kesedaran pentingnya menjaga alam sekitar dan badak Sumatra.

Ketua Pegawai Operasi (COO) yang juga Presiden Honda Malaysia, En. Azman Idris turut hadir pada Majlis Pelancaran Program Alam Sekitar itu yang telah dirasmikan oleh wakil Pegawai Pelajaran PPD Alor Gajah, En. Md Isa Budin. Pada majlis tersebut pihak Honda juga telah menyerahkan tong-tong kitar semula dan juga dua batang pokok “Red Palm” kepada guru-guru besar sekolah rendah kawasan DUN Durian Tunggal.

Sebelum majlis bersurai, diadakan juga gimik perasmian program iaitu acara menanam pokok “Veitchia Merrilli” oleh Guru Besar Pn. Safiah Sharif (SK Parit Melana), En. Azman Idris (COO) Honda (M), dan En. Md. Isa Budin(PPD Alor Gajah).

PERAGUT MALANG

Karya…

Nor Afiqah Hani Senin

SK Parit Melana

6 Bestari

April/2009

Pada suatu petang, aku dan abang aku baru pulang dari sekolah. Tiba-tiba telingaku dapat menangkap bunyi wanita menjerit meminta tolong. Tolong! Tolong! Peragut!. Jeritan itu seperti tidak berapa jauh dari tempat kami tercegat berdiri. Ini tidak boleh dibiarkan, detik hatiku. Aku mesti mengambil tindakan untuk mengambil semula beg tangan wanita tersebut.

Antara tindakan yang aku ambil ialah pertama, aku menyuruh abang aku mencari pondok telefon yang terdekat untuk menelefon polis. Kami melihat dua orang anak muda berlari kencang melintasi jalan sambil membawa beg tangan yang baru diragutnya. Tanpa membuang masa, aku terus mengejar peragut tersebut sambil menjerit. “Pencuri! Tangkap orang itu!” aku berteriak dengan suara garauku. Jeritanku membuatkan beberapa orang pemuda yang berada di situ ingin membantu. Mereka juga turut mengejar. Pencuri itu berlari semakin kuat.

Sejurus selepas itu, salah seorang daripada pemuda tersebut meluahkan kata-kata. “Tangkap pencuri itu!” Semasa sedang mengejar peragut tersebut, ada seorang pemuda yang agak berusia baru hendak keluar daripada kererta ternampak kejadian ini dan cuba ingin membantu dengan menarik baju peragut tersebut tetapi peragut itu berjaya melarikan diri.

Selepas itu, peragut itu terus lari menuju ke satu lorong selebar satu setengah meter. Lorong itu pemisah antara dua buah bangunan. Kami pun mengikut sekali lelaki itu. Lankah lelaki itu terhenti apabila tiba di hujung lorong yang merupakan jalan mati. Lelaki itu mula gelabah. Dia memandang ke belakang dengan wajah yang cemas. Kami melangkah setapak demi setapak ke hadapan dengan penuh yakin.

“Saya…saya… akan pulangkan beg ini…,” luah pemuda yang berkemeja –T dan berseluar jean lusuh dengan kata-kata yang tergagap-gagap. Pada waktu itu pasukan polis pun sampai. Tanpa bersoal jawab, kami terus memberkasnya. “Ceritalah di balai polis nanti, “ ujarku dengan rasa geram. Seterusnya, kami menerangkan kedudukan kami yang sebenarnya kepada seorang pegawai polis muda itu. Tangan peragut itu digari dan dibawa masuk ke dalam lokap. Pegawai polis itu mengucapkan terima kasih kepada kami termasuk abangku.

Setelah itu, aku dan abang aku terus pergi kea rah wanita itu untuk memulangkan beg tangannya. Wanita itu pun menghampiri kami. Pada wajahnya ada sedikit keriangan. Apabila wanita itu membuka beg tangannya, dia amat gembira kerana tiada barang yang hilang. Wanita itu mengucapkan terima kasih kerana menolongnya. Wanita itu menghadiahkan RM5.00 setiap seorang kepada kami. Aku dan abang cuba menolak pemberiannya secara ikhlas, namun wanita itu tetap untuk memberikannya kepada kami berdua.

Selepas aku dan abang pulang, kami menceritakan apa yang berlaku petang tadi kepada emak dan ayah. Mereka mendengar dengan peniuh perhatian. “Tuah ayam nampak di kaki, tuah manusia siapa yang tahu,” kata ayah. Kami berdua berasa gembira kerana dapat menolong orang yang dalam kesusahan pada hari ini.

17 April 2009

‘KEM BINA SAHSIAH DIRI 2009’

SK PARIT MELANA

Oleh: Cikgu Razman Mohammad

Sahsiah seseorang murid merupakan aset yang amat penting untuk melahirkan modal insan yang cemerlang. Tanpa bimbingan dan asuhan pada peringkat awal yang khusus, generasi ini mudah terdedah dengan pelbagai gejala keruntuhan akhlak yang amat membimbangkan dewasa ini.

Lantaran itu, baru-baru ini pihak SK Parit Melana bersama Bahagian Pembangunan Rumahku Syurgaku, Jabatan Ketua Menteri Melaka, dengan kerjasama Persatuan Ibu Bapa dan Guru telah menganjurkan ‘Kem Bina Sahsiah Diri 2009’ yang bertemakan “Sahsiah Cemerlang Penjana Insan Gemilang”.

Objektif program ini adalah untuk memberi kesedaran, keinsafan serta memahami bahawa sahsiah diri yang unggul dapat menjamin kecemerlangan diri pada masa hadapan.

Program yang disertai oleh murid-murid tahun 6, pengawas-pengawas sekolah bermula pada 13 – 15 Februari 2009 bertempat di Kompleks Rakan Muda Alor Gajah, Melaka. Aktiviti selama 3 hari 2 malam ini telah dikendalikan oleh Jazim Motivation Group Melaka di bawah pimpinan Pengarah Urusan, Mohd Fadly bin Samin.

Pelbagai aktiviti menarik telah diadakan seperti Ice Breaking & Group Binding, Kembara Malam, Latihan Dalam Kumpulan(LDK), ESQ Module dan ceramah motivasi bertajuk ‘Ciri-Ciri Pemimpin Terbilang’ dan ‘Motivasi & Muhasabah Diri’.

Menurut Nur Aimi Sairah Sabtu murid tahun 6, program ini sangat menarik dan memberi banyak manfaat kepada dirinya. Menurutnya lagi, aktiviti ‘Kembara Malam’ adalah aktiviti yang paling digemarinya kerana dapat menguji keberanian, minda dan keimanan.

Adik Mohamad Khairil Samsudin pula berpendapat aktiviti ceramah bertajuk ‘Renungan Sejenak’ oleh ustaz Fadly sungguh menyentuh hati dan membuatkan kami semua mengalirkan air mata mengenangkan segala jasa ibu dan guru.

Adik Noorli Hayati Samsudin pula ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada abang-abang dan kakak fasilitator yang banyak memberi tunjuk ajar dan nasihat yang berguna. Kami semua berharap agar program ini diadakan lagi pada tahun hadapan.

Pada hari terakhir, turut diadakan ‘Majlis Aku Janji’ oleh murid-murid tahun 6 yang akan menduduki UPSR pada tahun ini. Murid dikehendaki menandatangani surat Aku Janji di hadapan pentadbir sekolah dengan ditemani ibu dan bapa masing-masing.

Majlis penutupan program disempurnakan oleh Ustaz Johari Hj. Yusuf, Pengarah ‘Rumahku Syurgaku’ Jabatan Ketua Menteri Melaka.

16 April 2009

Murid dan guru rumah Hang Jebat meraikan kejayaan menjuarai kejohanan pada tahun ini.

RUMAH HANG JEBAT JUARA KESELURUHAN

KEJOHANAN SUKAN SK PARIT MELANA 2009

KALI KE - 57

oleh: Cikgu Razman Mohammad

Baru-baru ini SK Parit Melana telah menganjurkan Kejohanan Sukan Tahunan kali ke- 57 bertempat di padang sekolah. Kejohanan pada tahun ini dirasmikan oleh En. Adam Mohamad, Yang Dipertua Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG). Dalam ucapannya beliau menyeru kepada murid-murid agar mencipta kecemerlangan dalam bidang akademik dan juga kokurikulum. Beliau juga menyarankan agar ibu bapa memberikan sokongan kepada pihak sekolah dalam usaha menjayakan agenda membentuk modal insan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kejohanan pada tahun ini menyaksikan rumah Biru (Hang Jebat) di bawah bimbingan guru penasihat En. Nor Afandi Safar muncul juara keseluruhan menewaskan rumah sukan yang lain. Pelbagai acara dipertandingkan dalam kejohanan tahun ini seperti 75m, 100m, 200m, 4 x 100m, lompat jauh, lompat tinggi, lontar peluru dan lempar cakera. Larian merentas desa yang diadakan sebelum kejohanan ini menyaksikan adik Nor Adilah bt Md Isa dari rumah biru muncul juara bagi kategori perempuan manakala adik Nur menjuarai kategori lelaki.

Olahragawan pada tahun ini milik adik Nur Muhamad Bin Basri yang berjaya memungut 4 pingat emas dalam acara 100m, 200m, 4 x 100, lompat tinggi. Beliau juga terpilih mewakili sekolah ke sukan MSSM peringkat kawasan Alor Gajah dan berjaya mendapat 3 pingat perak dalam acara 200m, 4 x 100m dan lompat tinggi. Adik Nur Muhammad juga terpilih mewakili daerah Alor Gajah ke peringkat negeri dalam acara lompat tinggi dan 200m.

Olahragawati dimiliki oleh adik Nor Anisah Bt Md Isa yang berjaya menggondol 3 emas dalam acara merentas desa, 100m, 200m dan 2 perak dalam acara 4 x 100m dan lompat jauh. Beliau juga terpilih mewakili sekolah dalam acara merentas desa peringkat daerah Alor Gajah.

Pengurus kejohanan merangkap setiausaha sukan, En. Mustaffa Mohammad berpuas hati dengan penganjuran pada tahun ini dan mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang bersama-sama menjayakan kejohanan ini. Katanya lagi, pada tahun ini murid-murid yang mengambil bahagian menunjukkan prestasi yang lebih baik berbanding tahun-tahun sebelumnya.




DEKLAMASI SAJAK

KELOLAAN SK PARIT MELANA

BERJAYA CUNGKIL BAKAT

Oleh: Cikgu Razman Mohammad

Baru-baru ini SK Parit Melana berjaya mengelolakan pertandingan Deklamasi Sajak Sekolah-sekolah Rendah Negeri Melaka Peringkat Kawasan Alor Gajah 2009. Sebanyak 19 buah sekolah kebangsaan dan 2 buah sekolah Jenis Kebangsaan iaitu SJK(C) San Yuh dan SJK(T) Alor Gajah telah mengambil bahagian menjayakan pertandingan ini.

Antara matlamat penganjuran pertandingan adalah untuk melahirkan penyajak yang mampu diketengahkan di peringkat negeri mahupun kebangsaan di samping dapat menanam semangat patriotisme dalam kalangan generasi muda kini.

Dalam pertandingan ini, adik Izyan Aina Bt Kasbullah dari SK Durian Tunggal muncul juara manakala tempat kedua milik adik Nor Dalila Bt Mohd Taib dari SK Dato’ Naning. Tempat ketiga pula milik adik Anis Masyitah bt Mohammad Asri dari SK Parit Melana.

Adik Izyan Aina, anak didik Cikgu Nora Bt Ibrahim telah terpilih mewakili daerah Alor Gajah ke pertandingan deklamasi sajak peringkat negeri Melaka April ini. Adik Izyan Aina pernah menjuarai pertandingan Sajak Anti Dadah peringkat daerah Alor Gajah pada tahun 2008 dan mendapat tempat ketiga bagi peringkat negeri Melaka.

“Saya bersyukur atas kejayaan ini dan akan cuba lakukan yang terbaik pada pertandingan sajak peringkat negeri Melaka nanti” katanya ketika ditemui selepas majlis penutup pertandingan.

Wakil Pegawai Pejabat Pelajaran Daerah (PPD) Alor Gajah, Tn. Hj. Zahiran Bin Hj. Yahya telah menyempurnakan majlis penutupan pertandingan dan sudi menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan.

15 April 2009



PERKHEMAHAN UNIT BERUNIFORM

SK PARIT MELANA 2009

BERJAYA SEMAI SEMANGAT JATI DIRI

Oleh: Cikgu Razman Mohammad

Baru-baru ini Unit Kokurikulum SK Parit Melana telah mengadakan Perkhemahan Unit Beruniform peringkat sekolah. Acara tahunan ini diadakan bermula 27 hingga 29 Mac 2009 bertempat di padang sekolah. Seramai 120 orang pelajar terdiri daripada unit beruniform seperti Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS), Pengakap, Puteri Islam dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) menyertai perkhemahan ini.

Menurut Penyelaras Program merangkap Kem Komandan Cikgu Mohd Rahdi Hj. Ahmad, perkhemahan tahunan ini diadakan bertujuan melahirkan semangat jati diri yang tinggi dalam kalangan peserta di samping dapat memupuk nilai-nilai terpuji seperti kerjasama dalam satu pasukan, sikap berdikari dan juga dapat memupuk sikap menghayati dan mencintai alam sekitar.

Puan Safiah Sharif selaku Guru Besar telah sudi melakukan pemeriksaan barisan peserta-peserta unit beruniform pada hari pertama perkhemahan diadakan.

Pelbagai aktiviti dan yang telah diadakan sepanjang perkhemahan, seperti ‘Strategi Mesra’, Kuliah Agama, Masakan Rimba, Tali-Temali (ikatan), Demontrasi Pertolongan Cemas, ‘Blind Trail’. Turut dijalankan ialah pertandingan Kawad Kaki, Larian Komando, Kecerian Khemah, Masakan, dan Malam Kebudayaan.

Dalam pertandingan yang diadakan, pasukan Tunas Kadet Remaja Sekolah (TKRS) dibawah bimbingan Cikgu Razman Mohammad telah muncul johan dalam acara Kawad Kaki dan Malam Kebudayaan. Pasukan Pengakap yang diterajui oleh Cikgu Nor Izhan Ishak pula menjuarai acara Larian Komando dan Keceriaan Khemah manakala Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) dibawah pimpinan Cikgu Suhailah Mamat pula muncul juara dalam acara Masakan. Perkhemahan pada tahun ini juga turut menganugerah Tokoh Unit Beruniform kepada Adik Mohamad Khairil bin Samsudin daripada TKRS dan Adik Nurul Nadhirah Bt Hairizal. Hadiah-hadaiah kepada para pemenang telah disampaikan oleh Puan Hajah Norlia Bt Abd Kudus GPK Kokurikulum.

Menurut Nasyatun Najiha Mustaffa murid tahun 6, program ini sangat menarik dan memberi banyak manfaat kepada dirinya. Menurutnya lagi, aktiviti ‘Blind Trail’ adalah aktiviti yang paling digemarinya kerana dapat menguji keberanian dan kerjasama dalam satu pasukan.

Adik Mohamad Khairil Samsudin murid tahun 6 pula berpendapat aktiviti Malam Kebudayaan sungguh menyeronokkan kerana para peserta dapat mencungkil bakat masing-masing dan mempelajari teknik lakonan yang berkesan.

Adik Munir Nafis Bin Nordin murid tahun 4, ingin merakamkan jutaan terima kasih kepada guru-guru yang banyak memberikan ilmu mengenai kehidupan ketika di dalam hutan dan bantuan pertolongan cemas. Kami semua berharap agar perkhemahan ini diadakan lagi pada tahun hadapan.

Kisah tiga sahabat menyelamatkan seorang murid.

Hasil karya…

Nurul Syahidah Sanipansuri

SK Alor Gajah 1

April 2009

……………………………………………………………….

Dalam hidup ini terdapat banyak peristiwa yang sukar dilupakan. Adakalanya akan meninggalkan kesan yang pahit. Pada masa itu, aku berusia 10 tahun. Aku belajar dalam darjah 4 Progresif. Sewaktu loceng berbunyi menandakan waktu rehat, aku bersama dua orang rakanku yang bernama Wani dan Hanisah bergegas menuju ke kantin sekolah untuk mengisi perut yang lapar.

Semasa kami menuruni tang, ramai murid berlari-larian dan bertolak-tolakan. Kami menasihati mereka yang bertolak-tolakan agar tidak mengalami sebarang kemalangan akibat terjatuh. Malangnya, nasihat kami itu tidak diendahkan langsung.

Sepanjang perjalanan ke kantin, kami bertiga asyik berbual-bual tentang cerita ‘Geng Bas Sekolah’ yang disiarkan di televisyen semalam. Tiba-tiba kami terdengar seseorang menjerit kesakitan. Kami pun pergi kea rah bunyi tersebut. Aku sangat terkejut kerana budak yang kami nasihati di tangga terjatuh di dalam longkang. Dia menangis teresak-esak. Kaki kirinya patah manakala kelapanya tidak henti-henti mengalirkan darah yang banyak. Aku terpaku melihat kejadian itu. Aku terus memberikan bantuan kecemasan kepada budak tersebut kerana aku sudah ada pengalaman sewaktu menyertai pasukan beruniform PBSM.

Kami membantunya dengan berhati-hati kerana tidak mahu dia mengalami kesakitan. Aku menyuruh Wani memberitahu guru penasihat PBSM, Cikgu Nik Noor Aleeya untuk menolong budak itu. Kami menceritakan segala kejadian yang berlaku pada budak itu. Cikgu Nik menyuruh budak itu duduk di atas kerusi yang terdapat di dalam bilik Cikgu Nik. Aku dan rakanku menenangkan budak itu. Cikgu menasihati budak itu agar tidak mengulanginya lagi. Budak itu pun berhenti menangis. Selepas budak itu berhenti menangis, aku memapahnya dengan berhati-hati sekali. Aku memapahnya setapak demi setapak ke bilik rawatan. Hanisah memasang kipas manakala Wani pula mengambil peti kecemasan yang berada di atas almari menggunakan kerusi. Aku segera mencapai peti kecemasan yang diambil oleh Wani lalu membukanya. Di dalamnya terdapat pelbagai jenis alatan yang terdiri daripada minyak gamat, kapas, pembalut luka, krim luka dan ubat-ubatan. Aku mengambil kapas lalu membersihkan luka pada kepalanya dan membuat anduh pada kakinya. Cikgu Nik memberi budak itu minum air suam. Budak itu minum air suam sambil kepalanya diusap lembut. Budak itu berasa amat terharu.

Cikgu Nik menyuruh aku untuk menelefon Cikgu Ayu untuk menghantar budak tersebut ke hospital yang berdekatan. Aku menggunakan telefon yang berada di dalam bilik itu dengan kebenaran Cikgu Nik. Belum sempat aku meletakkan gagang telefon, Cikgu Ayu pun sampai kerana kebetulan beliau berada di bilik guru yang berdekatan dengan bilik rawatan. Cikgu Ayu menanyakan beberapa soalan kepada aku. Aku menceritakan segala-galanya tentang kejadian itu kepada Cikgu Ayu. Cikgu memuji kami kerana pantas bertindak. Selepas budak itu mendapat rawatan, kami bertiga membantu budak itu untuk masuk ke dalam kereta Proton Wira kepunyaan Cikgu Ayu untuk ke hospital. Kami dikehendaki untuk ikut sama. Budak tersebut mengerang kesakitan. Kami menyuruhnya bersabar kerana hospital tidak jauh lagi. Kami berasa khuatir tentang kejadian yang menimpa budak itu.

Apabila tiba di hospital, budak itu dibawa masuk ke dalam bilik rawatan. Budak itu menaiki kerusi roda untuk dibawa ke bilik rawatan yang dibantu oleh dua orang jururawat. Kami dan Cikgu Ayu menunggu budak itu di luar bilik rawatan. Cikgu Ayu mundar-mandir dan berserah kepada Illahi. Cikgu Ayu menyuruh aku menelefon ibu bapa budak itu menggunakan nombor yang diberi oleh cikgu. Setengah jam kemudian, ibu bapa kepada budak itu pun sampai. Ibu budak itu kelihatan cemas sekali. Cikgu Ayu menceritakan dan menjelaskan apa yang berlaku. Ibu budak itu merupakan jiranku. Dia seorang ibu yang penyayang. Ibu bapa budak itu mengucapkan terima kasih kepada kami kerana bertindak pantas dengan memberi bantuan kecemasan awal. Kami berbangga kerana dapat menolong orang, lebih-lebih lagi itu jiranku.

Sedang kami menunggu, seorang doktor dan jururawat keluar dari bilik rawatan. Doktor itu berjumpa dengan ibu bapa mangsa tentang anaknya yang dimasukkan ke wad. Ibu bapa mangsa bersalaman untuk pulang dan berterima kasih atas kerjasama yang diberikan. Keesokan harinya, aku Wani dan Hanisah menceritakan pengalaman kami kepada guru kelas dan rakan. Mereka memuji tindakan kami sambil memberi tepukan yang gemuruh. Kai bersyukur dan berbangga kerana dapat menolong orang yang memerlukan bantuan. Orang tua-tua berpesan, buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Kami berharap agar dapat menolong lagi orang yang memerlukan bantuan. Itulah pengalaman yang tidak dapat aku lupakan sehingga kini.

Sekian.

09 April 2009

PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN

PENGALAMAN YANG SUKAR DILUPAKAN

Oleh: Afiq Farhan Abdul Rahim

SK Parit Melana
2007

Aku, Asmah, Syafiq, Azwan dan Zamri merupakan kawan baik. Sungguhpun Asmah seorang perempuan, namun dia dapat menyesuaikan dirinya dengan kawan lelaki yang lain. Syafiq pula seorang budak lelaki yang baru berpindah ke Kampung Raja manakala Azwan dan Zamri ialah kembar yang tidak seiras. Kami berlima sukakan aktiviti pengembaraan dan selalu pergi berkhemah di dalam hutan sekitar Malaysia terutamanya pada hujung minggu. Pada cuti penggal yang lalu, kami pergi berkhemah di Taman Negara Endau-Rompin yang terletak di sempadan negeri Pahang dan Johor.

Setelah memeriksa segala barang dan keperluan asas perkhemahan, kami berlima terus menaiki van dan pergi ke destinasi yang dituju. Sepanjang perjalanan, kami dapat melihat pelbagai panorama indah seperti Gunung Ledang dan hutan belantara dengan pelbagai spesis flora dan fauna yang hidup di dalamnya. Setelah tiba di pintu masuk Taman Negara itu, kami mengucapkan terima kasih kepada pemandu van dan terus melaporkan diri kepada renjer hutan yang bertugas di situ. Kami perlu melaporkan diri terlebih dahulu agar keselamatan mereka terjamin.

Kami memulakan perjalanan setelah dua jam berada di dalam van. Syafiq memegang kompas dan peta serta berjalan di hadapan kerana dia adalah orang yang paling berpengalaman di antara kami berempat. Semak-samun dan hutan belantara telah kami lalui walaupun kesukarannya amatlah dirasai. Di antara kami berempat, Asmah nampak paling penat ketika itu. Namun, dia tetap tabah kerana dia tidak mahu diejek oleh kawan-kawannya. Tiba-tiba saja Syafiq berhenti dan kelihatan resah. Aku pun bertanya kepada Syafiq kenapa jadi begitu. Setelah dia menerangkannya, semua orang duduk dan kelihatan begitu resah. Rupa-rupanya kompas Syafiq rosak dan barulah kami tersedar bahawa kami telah tersesat di tengah-tengah hutan belantara.

Memandangkan kami telah tersesat, kami nekad untuk mencari jalan keluar. Aku selaku ketua kumpulan pun segera mengadakan mesyuarat pada malam itu untuk mencari jalan keluar. Setelah mencapai kata putus, kami terpaksa bermalam di dalam hutan dan terus memasang khemah dan tidur di situ walaupun dalam keadaan takut.

Pada keesokan hari, aku, Azwan, Zamri dan Syafiq bangun awal tetapi Asmah masih tidur. Pagi itu, kami terpaksa makan sedikit sahaja untuk berjimat memandangkan kami telah tersesat. Wajah Azwan dan Zamri nampak muram tetapi Syafiq kelihatan tenang. Aku cuba membuat lawak. Akhirnya, Azwan dan Zamri kembali ceria. Aku menjelaskan kepada mereka bahawa perasaan muram akan menyebabkan masalah menjadi lebih kusut. Aku terus memberi sedikit nasihat dan kata-kata semangat agar mereka kembali tenang.

Tiba-tiba Asmah keluar dari khemah dengan tergesa-gesa dan mengadu kesakitan pada jari kelingkingnya sebelah kanan. Azwan dengan pantas memeriksa jarinya dan mendapati jari Asmah telah disengat seekor tebuan. Azwan menyapu ubat yang dibawanya dan memicit-micit jari Asmah sehingga bias tebuan itu keluar. Asmah menangis kerana menahan kesakitan manakala rakannya yang lain cuba menenangkannya. Walaupun dalam kesakitan Asmah tetap mahu meneruskan perjalanan untuk keluar dari hutan itu.

Selepas itu, aku mencadangkan agar mencari tanah lapang atau sungai yang berdekatan agar mudah dikesan oleh renjer hutan. Selepas itu, kami mengemaskan barang dan bersedia untuk meneruskan perjalanan. Ketika sedang berjalan-jalan, kami terdengar deruan air sungai yang mengalir di hadapan kami. Aku berasa amat gembira kerana dapat menemui sebatang sungai yang dapat membantu kami pulang dengan lebih cepat.

Memandangkan kawasan di seberang sungai lebih sesuai untuk dilalui, kami mengambil keputusan untuk menyeberangi sungai itu. Aku memulakan cabaran itu dengan mudah. Begitu juga dengan Syafiq, Asmah dan Zamri. Ketika giliran Azwan, dia kelihatan agak gementar dan dia tergelincir tetapi sempat diselamatkan oleh Zamri yang berada berdekatan Azwan ketika itu. Namun, kit pertolongan cemasnya hanyut dibawa arus ketika keadaan kelam-kabut itu.

Setelah semuanya selesai menyeberang, awan mendung mula menutupi cahaya mentari. Hujan rintik-rintik mula turun membasahi bumi. Asmah mula mendesak kami untuk mencari tempat berteduh. Azwan segera menuding jari ke arah pintu sebuah gua berhampiran dengan tebing sungai. Kami bersetuju untuk memasuki gua itu walaupun nampak kelihatan amat menakutkan. Walaupun ketakutan, namun kami bersyukur kerana dapat mencari tempat berteduh daripada ditimpa hujan yang semakin lebat di luar pintu gua. Kami sempat berbual dan bergurau senda sementara menunggu hujan reda.

Tiba-tiba kami terdengar bunyi suara seperti seekor beruang yang berada di kawasan itu. Bunyi suara itu semakin kuat dan mungkin berada di dalam gua yang sama. Ketika kami sedang meneliti bunyi suara itu, kami ternampak seekor beruang matahari berlari menuju ke arah kami dalam keadaan marah. Kami lari lintang-pukang kerana tahu padah yang akan menimpa jika masih berada di situ lagi. Walaupun hujan masih lebat, kami tetap sabar menempuh cabaran.

Ketika hujan beransur reda, kami masih berehat di satu kawasan lapang kerana kepenatan selepas berjaya meloloskan diri dari bahaya. Tiba-tiba kami terdengar bunyi helikopter, lalu kami dengan pantas bersama-sama mengambil batu-batu di dalam sungai berhampiran dan membentuk perkataan S.O.S (Save Our Soul). Tidak lama kemudian sebuah helikopter mendarat di kawasan tanah lapang untuk menyelamatkan kami. Kami terus dibawa menaiki helikopter tersebut untuk keluar dari hutan dan pulang ke rumah. Kami amat bersyukur kerana tiada peristiwa yang tidak diingini berlaku terhadap kami berlima. Kami juga selamat bertemu dengan keluarga masing-masing setelah puas meredah hutan.

Inilah pengalaman paling mencabar yang sukar aku lupakan dalam hidup. Aku berharap pengalaman ini menjadi pengajaran sekiranya aku ingin melakukan aktiviti itu sekali lagi.

AfaRa 07

SK Parit Melana

TERSESAT DI DALAM HUTAN

TERSESAT DI DALAM HUTAN

Oleh: Ahmad Naim Hanapai.

SK Parit Melana
2007

Kami sekumpulan ahli pengakap seramai lima orang telah berkhemah di suatu kawasan air terjun. Kami membawa pelbagai peralatan perkhemahan. Air terjun itu belum lagi diterokai oleh sesiapa.

Setibanya kami di sana, kami mencari tapak perkhemahan yang sesuai. Kami mengumpul kayu api dan kemudian membaca surah Yassin secara beramai-ramai agar kawasan ini lebih terjamin keselamatannya. Kemudian, kami menjerang air. Dasar air yang jernih itu telah pun kami selemi sebaik sahaja semua aktiviti selesai.

Walaupun kami seorang ahli pengakap yang telah dilatih, namun kami terlupa akan pesanan guru pengakap iaitu, tidak menanda jalan ketika pergi ke tapak perkhemahan. Kami menyedari tentang perkara itu apabila tibanya pukul empat petang. Kami mulai kelam-kabut dibuatnya. Namun, saya selaku ketua kumpulan cuba menenangkan mereka.

Apabila mereka mulai tenang, saya mengarahkan Kamal untuk memanjat sebatang pokok yang berada berdekatan kami bertujuan untuk melihat keadaan sekeliling daripada tempat tinggi. Kehebatan Kamal memanjat pokok telah tersebar luas dalam kalangan murid sekolah kami. Jadi tidak perlulah kami bimbang.

Nasib kami malang kerana hutan itu terlalu tebal. Kami teringat akan telefon bimbit yang dibawa oleh Umi, tetapi baterinya sudah habis. Jadi gagallah kami untuk menghubungi pihak polis. Kawan kami Umi, mengarahkan kami supaya menjerit, tetapi kami ingkar kerana bimbang haiwan buas mungkin mendengarnya.

Perut kami pun berbunyi apabila ternampak seekor arnab yang lalu di hadapan kami. Naja telah membaling sebilah pisaunya pada arnab itu. Balingannya kena tepat pada kakinya. Kami menyembelihnya untuk dijadikan makanan pada hari itu. Walau dalam keadaan penat, masakan yang dimasak oleh Syafirah sungguh menyelerakan. Sejurus selepas itu, kami mencari tanah lapang untuk membuat isyarat “S.O.S” menggunakan kayu api yang dicari tadi. Kami berharap isyarat itu dapat dikesan oleh pasukan penyelamat.

Sewaktu sedang sibuk menyiapkan isyarat tersebut, Kamal terlihat kesan laluan harimau di atas tanah. Kami dengan segera berpatah balik ke tapak perkhemahan untuk menyelamatkan diri dari dikesan oleh Pak Belang. Syafirah mencadangkan agar kami semua mengikut arus sungai.

Kali ini nasib kami malang lagi, apabila terdengar seperti suara seekor beruang yang sedang tidur berhampiran sungai. Kami pun sepantas kilat berpatah balik ke tapak perkhemahan. Kami hanya berdoa dan bertawakal selepas itu. Secara tiba-tiba, kompas yang terletak di dalam beg saya terjatuh dan arah mata angina kompas tersebut menunjukkan arah timur. Saya mencadangkan agar mengikut arah timur untuk mencari jalan keluar. Kami pun memulakan perjalanan dan pada setiap jalan yang kami lalui, saya tidak lupa menanda pada setiap pokok dengan menggunakan sebilah parang yang tajam.

Nasib kami baik apabila terjumpa perkampungan orang asli. Naja mula bertanya pada orang asli itu tentang arah jalan keluar. Dia turut bersimpati dengan kami memandangkan kami nampak sedih dan keletihan. Dia segera menunjukkan kepada kami arah timur kerana arah itu terdapat jalan keluar. Kami kemudian menyambung perjalanan setelah mengucapkan terima kasih kepada Tuk Batin yang telah sudi membantu. Setelah penat berjalan, kami berhenti sebentar untuk menunaikan solat Maghrib dan meminta doa agar kami semua selamat.

Tiba-tiba kami terlihat sebuah helikopter polis berlegar-legar di udara. Dengan secepat kilat, Kamal memanjat pokok untuk memanggil helikopter tersebut. Nasib kami baik apabila pemandu helikopter itu terlihat Kamal. Mereka pun membantu membawa kami keluar dari hutan.

Setibanya di luar hutan, kami berasa dunia kami kian bersinar. Kelihatan beberapa orang anggota pasukan keselamatan sudah bersiap sedia untuk membantu kami. Kelihatan juga pelbagai wartawan dari siaran yang berbeza telah tiba untuk membuat liputan tentang kehilangan kami.

Ibu bapa kami berasa amat gembira apabila melihat kami. Kami kemudian ditemuramah oleh wartawan. Kami juga amat bersyukur kerana telah dapat memanfaatkan ilmu ketika sesat di dalam hutan sebagaimana yang telah diajar oleh Cikgu Helmi, guru pengakap sekolah kami yang berpengalaman.

AnaHan 07

SK Parit Melana

Pameran Buku Peringkat Negeri Melaka 2009 Suatu Catatan

Pengalaman bersama keluarga ke

Pameran Buku Peringkat Negeri Melaka 2009

Hasil karya…

Aisyah Hanapi

6 Bestari

---------------------------------------

Satu pameran buku telah diadakan pada hari Ahad yang lepas bertempat di MITC (Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka). Saya sekeluarga telah pergi ke pameran tersebut dengan menaiki sebuah kereta berjenama Toyota Altis. Kami bertolak dari rumah pada pukul 10.30 pagi dan sampai setengah jam kemudian.

Kami terpaksa mengharungi kesesakan di tempat meletak kereta. Ayah menyuruh kami menunggu di pintu masuk sementara ayah mencari tempat meletak kereta. Setelah sepuluh minit menunggu, kami pun masuk ke pameran tersebut bersama-sama. Terdapat ramai orang yang berada di pameran itu. Ada juga pelancong asing yang datang ke pameran itu.

Tujuan kami ke pameran itu adalah untuk membeli buku dan melihat pameran buku yang terdapat di situ. Ketika dalam perjalanan, saya terserempak dengan rakan sekelas saya, Adlina. Dia juga ingin membeli buku di situ. Setelah berbual ringkas, aku meneruskan langkah menuju ke gerai seterusnya. Aku ternampak sebuah gerai yang menjual buku kanak-kanak. Adik bersungguh-sungguh menyuruh ibu membelikan buku cerita yang bertajuk ‘Anak Arnab Melawan Serigala’. Ibu pun membelikan buku tersebut dengan harga RM 12.90.

Kemudian, kami meneruskan perjalanan. Sebaik tiba di sebauh gerai, saya, kakak dan abang sempat membaca buku dan majalah yang dipamerkan. Sambil membaca, kami meneliti isi buku tersebut sebelum membeli. Ayah telah membelikan saya sebuah majalah Dewan Pelajar. di situ terdapat juga pemeran berkaitan internet. Saya mendaftarkan diri untuk mempelajari tentang internet. Seorang pekerja pameran tersbut membawa saya ke sebuah komputer dan mengajar saya cara-cara membuka internet. Saya berasa sungguh gembira.

Di situ juga terdapat pelbagai pertandingan yang diadakan seperti mewarna, melukis dan bercerita. Saya telah mendaftarkan diri dalam pertandingan teka silang kata dan abang menyertai pertandingan bercerita. Adik pula menyertai pertandingan mewarna. Dengan sokongan keluarga, kami berasa yakin dan bersemangat untuk menyertai pertandingan itu. Saya menggunakan masa yang diberikan dengan teliti untuk menjawab teka silang kata tersebut. Setelah beberapa minit menunggu, akhirnya keputusan pun diumumkan oleh hakim. Kami berasa agak gementar dan berdebar-debar. Tiba-tiba saya terdengar nama saya disebut oleh pengacara majlis sebagai pemenang tempat pertama. Saya mendapat hamper, sijil penyertaan, piala dan wang tunai RM 200.00. Abang hanya mendapat tempat kedua manakala adik mendapat hadiah saguhati.

Kami terus melangkahkan kaki menuju ke gerai seterusnya. Satu perkara menarik berlaku iaitu kami dapat berjumpa dengan seorang karyawan iaitu Faisal Tehrani yang sedang mempromosikan novel terbaharunya. Aku sempat mengambil tandatangannya sebagai kenangan. Di gerai tersebut, kakak saya telah membeli sebuah novel yang bertajuk ‘ Bila Tuhan Berbicara’. Anggota keluarga saya berpendapat, pameran dahulu tidak semeriah sekarang dan dahulunya tidak menjemput karyawan-karyawan ke pameran seperti ini.

Akhirnya, setelah kami penat berjalan kami pun pulang ke rumah. Pada waktu itu jam menunjukkan pukul empat petang. Kami berasa sangat gembira dan berharap dapat pergi ke pameran yang lebih besar lagi pada masa akan datang.

Modul Bahasa Melayu UPSR 2009

MODUL

BAHASA MELAYU

Ujian Pencapaian

Sekolah Rendah

Unit 2

Cerita

Oleh:

Razman Mohammad

SK Parit Melana

Cetakan Pertama 2009

Latihan 1.

Arahan. Isi tempat kosong berpandukan pilihan jawapan yang diberikan.

(1)……………… …………....yang tidak dapatku (2)………………………sehingga kini.

Dalam (3)……………… ini, tentu ada peristiwa yang tidak dapat kita lupakan. Peristiwa ini selalunya akan meninggalkan (4)…………………. yang mendalam dalam kehidupan seseorang. Bagi diriku, ada satu peristiwa yang (5)……………….. aku lupakan sehingga hari ini. Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ini berlaku ketika aku berusia 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Kejadian berlaku sewaktu aku bersama-sama rakan sekelasku berjalan (6)………………………. ke kantin untuk pergi berehat bersama-sama.

Kejadian bermula sebaik sahaja aku keluar dari (7)………………… selepas guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Razman membenarkan kami semua keluar pergi ke kantin. Ketika aku sedang menuruni (8)……………………., aku ternampak seorang murid tahun tiga berlari-lari bersama-sama rakannya sambil (9)…………………………. sesama sendiri. Aku cuba menasihati mereka namun tidak diendahkan. Aku meneruskan langkahku menuju ke kantin (10)…..……………. rakanku iaitu Amin dan Roslan.

Sewaktu aku bersama-sama rakan sedang berjalan sambil (11)..…………………… menuju ke kantin, tiba-tiba aku terdengar suara orang menjerit kesakitan. Tanpa (12)………………..…… masa, aku mengajak Amin dan Roslan pergi ke arah bunyi itu. Alangkah terkejutnya apabila aku melihat seorang budak tahun tiga yang pernah aku nasihatkan tadi (13)……….…………….. ke dalam longkang berhampiran kantin sekolah. Dia menangis teresak-esak akibat tangannya yang patah dan kepalanya yang berdarah. Aku dan rakanku lantas memberikan (14)……………………… yang sewajarnya kepada budak itu berbekalkan pengalaman ketika aku menyertai pasukan beruniform iaitu Pasukan Bulan Sabit Merah pimpinan Cikgu Sharom.

Antara langkah yang aku dan rakanku lakukan ialah pertamanya, kami bertiga (15)……………………… keluar dari longkang itu dengan berhati-hati agar tidak menambah lagi kesakitan yang sedang dialaminya. Sejurus selepas itu, aku meminta Amin pergi (16)……………………… guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Cikgu Rahdi untuk memaklumkan akan kejadian ini. Amin bergegas pergi sebaik sahaja aku menghabiskan ayat yang terakhir manakala aku dan Roslan cuba untuk (17)……..………………….. bantuan awal sementara Cikgu Rahdi tiba.

Tanpa berlengah, aku (18)…….……………………….. budak itu dengan menasihatinya agar berhenti menangis dan menjelaskan bahawa kesakitannya akan beransur pulih jika banyak bersabar. Kemudian, aku dan Roslan mengangkatnya untuk dibawa ke bilik rawatan yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian. Sebaik tiba, aku terus memasang kipas di dalam bilik itu. Roslan pula pergi mendapatkan peti (19)……..………………….. yang terletak di dalam almari. Lantas, aku terus mengambil kapas untuk membersihkan luka pada kepalanya agar darah berhenti mengalir dan aku juga cuba membuat anduh dan memakaikan (20)………………….. tersebut secara perlahan-lahan agar tangannya tidak terasa sakit. Bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya, aku memberikannya minum air suam dan mengusap kepalanya sambil menasihatinya agar banyak bersabar. Budak itu akhirnya mendengar apa yang aku nasihati. Aku berasa sungguh gembira.

Tujuh minit kemudian, Cikgu Rahdi pun tiba ke bilik rawatan lalu bertanya kepadaku apa yang telah terjadi. Aku menceritakan apa yang telah terjadi dan apa yang aku dan Roslan lakukan sebentar tadi. Cikgu Rahdi memuji kami kerana pantas bertindak. Kemudian, Cikgu Rahdi meminta kami bertiga membantunya membawa budak itu masuk ke dalam keretanya untuk (21)…………..……………. ke hospital. Kami semua telah mengikut Cikgu Rahdi ke hospital Durian Tunggal yang jaraknya lebih kurang 7 kilometer dari sekolahku. Dalam perjalanan, budak itu mengerang kesakitan lagi kerana tangannya yang patah masih terasa sakit semula. Kami semua memintanya agar (22)………..……………… kerana tidak lama lagi akan sampai ke hospital.

Sepuluh minit kemudian, kereta yang dipandu Cikgu Rahdi tiba di perkarangan hospital. Kami membantu membawanya ke (23)…….……….………… rawatan menggunakan kerusi roda yang terdapat di situ. Sebaik tiba, jururawat di situ memita agar kami berada di luar bilik rawatan sementara menunggu budak itu diberi rawatan. Ketika di luar bilik, Cikgu Rahdi meminta aku (24)…….……………………….. ibu budak itu menggunakan telefon bimbitnya untuk memberitahu bahawa anaknya kini berada di hospital kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh. Dua puluh minit kemudian, ibunya tiba di (25)…….…………………….. bersama bapanya. Mereka kelihatan cemas. Namun, Cikgu Rahdi telah menjelaskan kepada mereka apa yang telah berlaku di sekolah pagi tadi. Ibu dan bapa budak itu yang merupakan jiranku telah (26)………………………………. terima kasih kepada kami bertiga kerana bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada anaknya. Kami bertiga merasa bangga kerana berjaya membantu rakan dalam kesusahan.

Tidak lama selepas itu, seorang (27)………..…………….. dan jururawat keluar dari bilik rawatan dan berjumpa dengan ibu bapa budak itu dan memberitahu bahawa budak itu perlu dimasukkan ke (28)…………..…. selama seminggu bagi tujuan rawatan selanjutnya. Setelah mendengar berita itu kami bertiga telah bersalaman dengan ibu bapa budak itu sebelum pulang semula ke sekolah bersama Cikgu Rahdi. Sebaik tiba di kelas, kami (29)……………………… kepada guru kelas dan rakan tentang kejadian yang berlaku. Guru kelas kami juga memuji tindakan yang kami lakukan dan meminta semua murid memberikan tepukan yang gemuruh kepada kami tanda penghormatan. Kami bertiga bersyukur dan bangga kerana dapat (30)……………………..…. orang di dalam kesusahan. Benarlah kata pepatah bahawa buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Inilah pengalaman yang aku alami dan tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Sekian.

Pilihan jawapan.

berbual-bual memberi hidup menceritakan membuang bersama kesan lupakan terjatuh memberitahu bertolak-tolakan bersabar sukar menenangkan kecemasan bantuan membantunya wad mengucapkan bilik dibawa menuju doktor menelefon anduh Peristiwa hospital menolong tangga kelas

Latihan 2.

Arahan. Jawab semua soalan berdasarkan cerita yang dibaca.

  1. Peristiwa ini berlaku pada usia “Aku” berapa tahun dan dalam darjah berapa?

...................................................................................................................................................

  1. Siapakah nama guru bahasa Melayu dalam cerita ini?

...........................................................................................

  1. Di manakah kejadian ini berlaku?

...........................................................................................

  1. Siapakah nama kawan “Aku”?

...........................................................................................

  1. Siapakah nama guru yang membawa budak itu ke hospital?

.....................................................................................................

  1. Senaraikan 6 tindakan yang dilakukan oleh tiga orang murid untuk membantu budak tersebut.

1)……………………………………………………………………………………………………..

2)……………………………………... ……………………………………………………………

3)……………………………………………………………………………………………………..

4)……………………………………………………………………………………………………..

5)……………………………………………………………………………………………………..

6)……………………………………………………………………………………………………..

Latihan 3.

ARAHAN: Berdasarkan rangka jawapan di bawah, buat karangan cerita selengkapnya.

Rangka jawapan.

Pengenalan

- Dalam hidup - peristiwa – sukar dilupakan – tinggalkan kesan – usia 10 tahun – sewaktu menuju kantin – rehat – bersama rakan

Isi-isi penting

1. keluar dari kelas - Cikgu membenarkan - ke kantin - menuruni tangga- ternampak murid berlari-lari - bertolak-tolakan - menasihati - tidak diendahkan

2. sedang berjalan - bual-bual - terdengar - menjerit kesakitan - pergi ke arah bunyi - terkejut - budak - terjatuh - longkang - menangis teresak-esak - patah – kepala berdarah - memberikan bantuan - pengalaman - pasukan beruniform

3. membantu - berhati-hati - memberitahu guru - kejadian - bantuan awal

4. menenangkan – menasihati - berhenti menangis - pulih – mengangkat - bilik rawatan - memasang kipas - peti kecemasan - kapas - membersihkan luka - anduh - minum air suam - mengusap kepala - sungguh gembira.

5. Cikgu tiba - bertanya - menceritakan - memuji - pantas bertindak - membantu keretanya – hospital - ikut - mengerang kesakitan - bersabar

6. tiba - bilik rawatan - kerusi roda - jururawat - luar bilik rawatan - diberi rawatan - menelefon - ibu - memberitahu - anaknya - hospital - kecederaan - terjatuh - ibunya tiba - kelihatan cemas - menjelaskan - merupakan jiranku - ucapkan terima kasih - bertindak pantas - bantuan awal - bangga - membantu

Penutup.

- doktor dan jururawat - berjumpa dengan ibu bapa - dimasukkan ke wad - rawatan - bersalaman - pulang - sekolah - di kelas - menceritakan - guru kelas dan rakan - memuji tindakan - tepukan yang gemuruh - bersyukur dan bangga - menolong - buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali- pengalaman tidak dapat - lupakan - kini.

Peristiwa yang tidak dapatku lupakan sehingga kini.

Peristiwa yang tidak dapatku lupakan sehingga kini.

oleh: Cikgu Razman Mohammad
SK Parit Melana

Dalam hidup ini, tentu ada peristiwa yang tidak dapat kita lupakan. Peristiwa ini selalunya akan meninggalkan kesan yang mendalam dalam kehidupan seseorang. Bagi diriku, ada satu peristiwa yang sukar aku lupakan sehingga hari ini. Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan ini berlaku ketika aku berusia 10 tahun dan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Parit Melana. Kejadian berlaku sewaktu aku bersama-sama rakan sekelasku berjalan menuju ke kantin untuk pergi berehat bersama-sama.

Kejadian bermula sebaik sahaja aku keluar dari kelas selepas guru Bahasa Melayu iaitu Cikgu Razman membenarkan kami semua keluar pergi ke kantin. Ketika aku sedang menuruni tangga, aku ternampak seorang murid tahun tiga berlari-lari bersama-sama rakannya sambil bertolak-tolakan sesama sendiri. Aku cuba menasihati mereka namun tidak diendahkan. Aku meneruskan langkahku menuju ke kantin bersama rakanku iaitu Amin dan Roslan.

Sewaktu aku bersama-sama rakan sedang berjalan sambil berbual-bual menuju ke kantin, tiba-tiba aku terdengar suara orang menjerit kesakitan. Tanpa membuang masa, aku mengajak Amin dan Roslan pergi ke arah bunyi itu. Alangkah terkejutnya apabila aku melihat seorang budak tahun tiga yang pernah aku nasihatkan tadi terjatuh ke dalam longkang berhampiran kantin sekolah. Dia menangis teresak-esak akibat tangannya yang patah dan kepalanya yang berdarah. Aku dan rakanku lantas memberikan bantuan yang sewajarnya kepada budak itu berbekalkan pengalaman ketika aku menyertai pasukan beruniform iaitu Pasukan Bulan Sabit Merah pimpinan Cikgu Sharom.

Antara langkah yang aku dan rakanku lakukan ialah pertamanya, kami bertiga membantunya keluar dari longkang itu dengan berhati-hati agar tidak menambah lagi kesakitan yang sedang dialaminya. Sejurus selepas itu, aku meminta Amin pergi memberitahu guru yang bertugas pada minggu ini iaitu Cikgu Rahdi untuk memaklumkan akan kejadian ini. Amin bergegas pergi sebaik sahaja aku menghabiskan ayat yang terakhir manakala aku dan Roslan cuba untuk memberi bantuan awal sementara Cikgu Rahdi tiba.

Tanpa berlengah, aku menenangkan budak itu dengan menasihatinya agar berhenti menangis dan menjelaskan bahawa kesakitannya akan beransur pulih jika banyak bersabar. Kemudian, aku dan Roslan mengangkatnya untuk dibawa ke bilik rawatan yang terletak tidak jauh dari tempat kejadian. Sebaik tiba, aku terus memasang kipas di dalam bilik itu. Roslan pula pergi mendapatkan peti kecemasan yang terletak di dalam almari. Lantas, aku terus mengambil kapas untuk membersihkan luka pada kepalanya agar darah berhenti mengalir dan aku juga cuba membuat anduh dan memakaikan anduh tersebut secara perlahan-lahan agar tangannya tidak terasa sakit. Bagi mengurangkan kesakitan yang dialaminya, aku memberikannya minum air suam dan mengusap kepalanya sambil menasihatinya agar banyak bersabar. Budak itu akhirnya mendengar apa yang aku nasihati. Aku berasa sungguh gembira.

Tujuh minit kemudian, Cikgu Rahdi pun tiba ke bilik rawatan lalu bertanya kepadaku apa yang telah terjadi. Aku menceritakan apa yang telah terjadi dan apa yang aku dan Roslan lakukan sebentar tadi. Cikgu Rahdi memuji kami kerana pantas bertindak. Kemudian, Cikgu Rahdi meminta kami bertiga membantunya membawa budak itu masuk ke dalam keretanya untuk dibawa ke hospital. Kami semua telah mengikut Cikgu Rahdi ke hospital Durian Tunggal yang jaraknya lebih kurang 7 kilometer dari sekolahku. Dalam perjalanan, budak itu mengerang kesakitan lagi kerana tangannya yang patah masih terasa sakit semula. Kami semua memintanya agar bersabar kerana tidak lama lagi akan sampai ke hospital.

Sepuluh minit kemudian, kereta yang dipandu Cikgu Rahdi tiba di perkarangan hospital. Kami membantu membawanya ke bilik rawatan menggunakan kerusi roda yang terdapat di situ. Sebaik tiba, jururawat di situ memita agar kami berada di luar bilik rawatan sementara menunggu budak itu diberi rawatan. Ketika di luar bilik, Cikgu Rahdi meminta aku menelefon ibu budak itu menggunakan telefon bimbitnya untuk memberitahu bahawa anaknya kini berada di hospital kerana mengalami kecederaan akibat terjatuh. Dua puluh minit kemudian, ibunya tiba di hospital bersama bapanya. Mereka kelihatan cemas. Namun, Cikgu Rahdi telah menjelaskan kepada mereka apa yang telah berlaku di sekolah pagi tadi. Ibu dan bapa budak itu yang merupakan jiranku telah mengucapkan terima kasih kepada kami bertiga kerana bertindak pantas memberikan bantuan awal kepada anaknya. Kami bertiga merasa bangga kerana berjaya membantu rakan dalam kesusahan.

Tidak lama selepas itu, seorang doktor dan jururawat keluar dari bilik rawatan dan berjumpa dengan ibu bapa budak itu dan memberitahu bahawa budak itu perlu dimasukkan ke wad selama seminggu bagi tujuan rawatan selanjutnya. Setelah mendengar berita itu kami bertiga telah bersalaman dengan ibu bapa budak itu sebelum pulang semula ke sekolah bersama Cikgu Rahdi. Sebaik tiba di kelas, kami menceritakan kepada guru kelas dan rakan tentang kejadian yang berlaku. Guru kelas kami juga memuji tindakan yang kami lakukan dan meminta semua murid memberikan tepukan yang gemuruh kepada kami tanda penghormatan. Kami bertiga bersyukur dan bangga kerana dapat menolong orang di dalam kesusahan. Benarlah kata pepatah bahawa buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Inilah pengalaman yang aku alami dan tidak dapat aku lupakan sehingga kini. Sekian.

Sepandai-panadai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga.

oleh: Aisyah Hanapi. SK Parit Melana

6 Bes 2009


Ketika sedang seronok menonton televisyen di ruang tamu, tiba-tiba aku terdengar satu bunyi seperti benda jatuh berdekatan dengan rumahku. Aku tidak mengendahkan bunyi itu dan terus menonton televisyen semula. Aku menyangka bunyi itu adalah bunyi benda jatuh kerana dilanggar oleh seekor kucing.

Tiba-tiba, aku tergerak hati untuk meninju ke luar tingkap. Lalu, aku terus pergi kea rah tingkap dan meninjau ke luar. Alangkah terperanjatnya aku apabila melihat dua orang lelaki bertopeng sedang memecah masuk rumah jiranku melalui tingkap rumah jiranku.

Aku terus berlari ke tingkat atas menuju ke bilik ibu bapaku untuk memberitahu kejadian yang aku lihat sebentar tadi. Setelah tiba, aku terus mengejutkan ayahku dan memberitahu bahawa rumah jiranku dimasuku pencuri. Tanpa berlengah lagi, ayahku mengambil telefon bimbit yang berada di atas almari solek dan terus mendail 999 iaitu talian kecemasan.

Setelah beberapa minit menunggu, anggota polis pun tiba. Mereka terus mengepong rumah jiranku. Sebaik mengetahui kelibat mereka diperhatikan, pencuri itu bergegas keluar dari rumah jiranku melalui tingkap untuk melarikan diri. Malangnya, salah seorang daripada pencuri tersebut berjaya diberkas oleh tiga orang anggota polis setelah aksi bergelut antara satu sama lain terjadi.

Seorang lagi pencuri berjaya melepaskan diri daripada kepungan pihak polis. Dia berlari sekuat hatinya untuk menyelamatkan dirinya. Aku yang melihat kejadian itu, tercengang seketika. Tiba-tiba pandanganku berubah ke arah rak kasut yang terletak di tepi pintu. Aku pun mendapat satu idea. Aku lantas mengambil kasut tumit tinggi ibuku lalu membaling ke arah pencuri itu. Balinganku agak bagus dan tepat ke sasaran iaitu ke arah bahagian kepala. Pencuri itu terkejut lalu terjatuh akibat terlanggar batu.

Anggota polis terus memberkas pencuri tersebut dan akhirnya semua pencuri itu berjaya ditangkap. Pihak polis dan keluarga jiranku mengucapkan terima kasih kepada aku kerana telah membantu mereka memberkas pencuri-pencuri itu dan telah menyelamatkan rumah jiranku daripada dirompak. Aku berasa sangat gembira dan bangga kerana dapat membantu orang yang berada dalam kesusahan.